Rancangan
pemasaran dibuat bagi mengelakkan daripada risiko buruk terhadap perniagaan.
Risiko boleh dikurangkan dengan adanya maklumat tentang harga dan kuantiti yang
ditawarkan di pasaran. Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak boleh disandarkan
sepenuhnya memandangkan perubahan harga yang tidak menentu tertutama barangan
segar dan yang mudah rosak banyak berkait rapat dengan quantiti dan lambakan
barangan tersebut di pasaran pada satu-satu masa. Namun, dengan ada maklumat
ini adalah lebih baik dari tiada langsung maklumat yang boleh dirujuk.
Maklumat
mengenai trend harga yang lalu boleh membantu meminimumkan risiko. Ia amat
membantu dalam beberapa perkara seperti membuat keputusan tempat penyimpanan
barangan sebelum dijual di pasaran atau membuat keputusan untuk bertanam
tanaman alternatif yang sesuai.
Antara
perancangan yang perlu dibuat untuk pemasaran adalah:
·
Menentukan
tempat jualan
Menentukan
tempat jualan adalah penting bagi petani. Tempat jualan haruslah sesuai dan
mudah dikunjungi oleh ramai bakal pelanggan. Dalam beberapa situasi tertentu
pekebun ada beberapa pilihan. Mereka boleh:
"Menjual
di tepi kebun; "Menghantar ke pasar; "Bekalkan kepada pemborong
secara terus; "Menjual secara terus kepada peruncit atau syarikat besar
yang menpunyai banyak kedai runcit atau pasaraya; "Menjual kepada syarikat
yang mempunyai perjanjian atau kontrak untuk membeli tanaman; "Menjual
secara terus kepada pengguna di pekan/bandar.
Lebih
jauh rantaian pasaran yang dilalui oleh petani, lebih tinggilah harga yang akan
ditawarkan oleh pasaran kepada petani. Walau bagaimanapun, harga jualan yang
lebih tinggi tidak bermakna petani dapat memaksimumkan pendapatan mereka. Ini
bergantung pula kepada kos yang terlibat dalam pengurusan jualan kepada pengguna
akhir atau pelanggan. Sebagai contoh, kos boleh meningkat dari kebiasaan jika
jenis pengangkutan yang sesuai tidak dipadankan dengan jumlah kuantiti yang
kecil untuk perjalanan yang jauh berbanding hasil yang sama di jual terus
kepada orang tengah.
·
Perbandingan
harga diterima
Dengan
adanya maklumat harga yang tepat, pekebun boleh membezakan harga jualan mereka
dengan harga di pasaran. Oleh itu, para petani berpeluang membuat perbandingan
harga terhadap harga-harga yang ditawarkan dari atau kepada orang tengah. Ini
bermaksud, para petani mempunyai kuasa penentu dalam memilih orang tengah yang
sesuai yang menawarkan harga yang lebih baik dan kompetetif berbanding harga
semasa di pasaran. Maka, dengan itu, perundingan yang lebih tegas dapat
dilaksanakan seterusnya dapat memperbaiki kualiti dan kuntiti hasil pengeluaran
mereka. Hebahan harga semasa ini juga boleh dimanfaatkan para petani sebagai
titik permulaan dalam perbincang dengan orang tengah.
Perbandingan
harga adalah penting kepada petani yang menghantar produk mereka kepada agen
atau pembekal di pasar borong. Petani yang tidak mempunyai sebarang maklumat
tentang harga pasaran hanya akan menerima secara bulat-bulat tentang harga
suatu produk dari agen yang menawarkan untuk membeli produk tersebut dengan
harga yang tertentu.
Urusniaga
ini memerlukan petani percaya kepada agen untuk memperolehi harga yang terbaik.
Walau bagaimanapun petani masih boleh membezakan harga yang diterima dengan
harga pasaran dengan pemerhatian yang dibuat sendiri.
·
Menentukan
untuk dijual atau disimpan
Petani
yang mempunyai produk tanaman yang mudah rosak biasanya mempunyai ruang yang
kecil atau singkat untuk memasarkan hasil mereka. Keputusan harus dibuat samada
mereka mungkin boleh mempercepat atau memperlambatkan hasil tuaian mereka dalam
beberapa hari. Namun, kebiasaannya mereka tetap harus menjual hasil tanaman
apabila telah capai tempoh matang suatu tanaman tersebut. Petani yang
menghasilkan tanaman bijirin seperti jagung dan padi, atau tanaman seperti
bawang dan ubi mempunyai pilihan yang lebih baik dalam memasarkan hasil tanaman
mereka. Mereka boleh menyimpannya sehingga tahap harga yang lebih tinggi atau
sesuai di pasaran dengan menyimpan hasil tersebut di tempat penyimpanan yang
sesuai.
Perkhidmatan
maklumat pasaran oleh FAMA mengandungi data tentang trend harga bermusim.
Dengan ini, petani boleh memperolehi idea tentang bentuk atau trend harga
bermusim. Sekiranya harga tuaian tidak akan meningkat sepanjang tahun maka
penyimpanan mungkin tidak menguntungkan
·
Menentukan
sama ada menanam "produk luar musim"
Petani
mempunyai banyak manfaat jika mempunyai data lalu tentang harga pasaran pada
musim-musim tertentu untuk menghasilkan sesuatu produk. Pada masa yang lepas,
kebanyakan petani menghadapi masalah apabila masa tuaian mereka sama dengan
petani lain. Hasilnya mereka mendapat harga yang rendah kerana lambakan produk
yang sama di pasaran. Walaubagaimanapun, dengan teknik moden dan pelbagai
pilihan yang ada memungkinkan tuaian dilambatkan dan corak pengeluaran dapat
ditentukan. Data harga pada musim-musim tertentu memberikan maklumat tentang
harga yang dikehendaki oleh petani daripada penghasilan suatu produk luar
musim.
Walaupun
begitu, kenyataan bahawa petani akan mendapat harga jualan yang tinggi tidak
bermaksud mereka perlu segera merancang untuk penghasilan luar musim. Jika
perkara tersebut sebegitu mudah, semua petani akan melakukan perkara yang sama.
Secara amnya penghasilan luar musim melibatkan pelaburan yang tinggi (contoh,
saluran plastik); kos pengeluaran yang tinggi (contoh, racun kawalan perosak)
dan menyebabkan penghasilan yang rendah. Oleh itu, pekerja sokongan diperlukan
untuk membantu petani untuk mengira kos penghasilan bagi menentukan unjuran
jangkaan harga jualan.
·
Menentukan
sama ada menanam tanaman yang berbeza
Jika
tanaman baru boleh meningkatkan hasil pendapatan, petani perlu cenderung untuk
cuba menghasilkannya. Petani harus dibantu untuk mengira sama ada pelaburan
untuk menanam tanaman baru mampu menghasilkan keuntungan atau sebaliknya.
Maklumat pada harga pasaran yang lalu perlu untuk mereka membuat keputusan.
Sebenarnya,
petani harus mempertimbangkan untuk mempelbagaikan tanaman baru jika peluang
terbuka luas di pasaran tertentu.